Aku pernah menunggang bersama Nabi SAW, lalu ada seorang arab Badwi yang mempunyai anak perempuan yang cantik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كنت ردف رسول الله ﷺ؛ وأعرابي معه ابنة له حسناء، فجعل الأعرابي يعرضها لرسول الله ﷺ؛ رجاء أن يتزوجها. قال: فجعلت ألتفت إليها، وجعل رسول الله ﷺ يأخذ برأسي فيلويه. . الحديث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku pernah menunggang bersama Nabi SAW, lalu ada seorang arab Badwi yang mempunyai anak perempuan yang cantik, lalu arab Badwi tersebut menunjukkannya kepada Nabi SAW dengan berharap baginda akan mengahwininya.” Beliau (al-Fadhl bin Abbas) berkata: Lalu aku melihatnya, kemudian Rasulullah SAW mengambil kepalaku dan memusingnya.

STATUS

Munkar dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 751, hadis nombor 3842. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن الفضل بن عباس -رضي الله عنهما-، قال: «كنت ردف رسول الله ﷺ؛ وأعرابي معه ابنة له حسناء، فجعل الأعرابي يعرضها لرسول الله ﷺ؛ رجاء أن يتزوجها. قال: فجعلت ألتفت إليها، وجعل رسول الله ﷺ يأخذ برأسي فيلويه..» الحديث.
[ع، «الضعيفة» (5325)].

(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada al-Fadhl bin Abbas RA berkata: “Aku pernah menunggang bersama Nabi SAW, lalu ada seorang arab Badwi yang mempunyai anak perempuan yang cantik, lalu arab Badwi tersebut menunjukkannya kepada Nabi SAW dengan berharap baginda akan mengahwininya.” Beliau (al-Fadhl bin Abbas) berkata: Lalu aku melihatnya, kemudian Rasulullah SAW mengambil kepalaku dan memusingnya.
[Riwayat Musnad Abi Ya’la. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5325].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.