Munkar Dengan Frasa Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كنت ردفَ رسولِ اللهِ ﷺ؛ وأعرابيٌّ معه ابنةٌ له حسناءُ، فجعل الأعرابيُّ يعرضها لرسولِ اللهِ ﷺ؛ رجاء أن يتزوَّجها. قال: فجعلتُ ألتفتُ إليها، وجعل رسولُ اللهِ ﷺ يأخذ برأسي فيلوِيهِ . . الحديث.
Teks Bahasa Melayu
Aku pernah menunggang bersama Nabi SAW, lalu ada seorang arab Badwi yang mempunyai anak perempuan yang cantik, lalu arab Badwi tersebut menunjukkannya kepada Nabi SAW dengan berharap baginda akan mengahwininya.” Beliau (al-Fadhl bin Abbas) berkata: Lalu aku melihatnya, kemudian Rasulullah SAW mengambil kepalaku dan memusingnya.
Sahabat Perawi
- al-Fadhl bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Frasa Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 751, hadis no. 3842. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا السياق) عن الفضل بن عباس -رضي الله عنهما-، قال: «كنت ردف رسول الله ﷺ؛ وأعرابي معه ابنة له حسناء، فجعل الأعرابي يعرضها لرسول الله ﷺ؛ رجاء أن يتزوجها. قال: فجعلت ألتفت إليها، وجعل رسول الله ﷺ يأخذ برأسي فيلويه..» الحديث. [ع، «الضعيفة» (5325)].
(Munkar Dengan Frasa Ini) Daripada al-Fadhl bin Abbas RA berkata: “Aku pernah menunggang bersama Nabi SAW, lalu ada seorang arab Badwi yang mempunyai anak perempuan yang cantik, lalu arab Badwi tersebut menunjukkannya kepada Nabi SAW dengan berharap baginda akan mengahwininya.” Beliau (al-Fadhl bin Abbas) berkata: Lalu aku melihatnya, kemudian Rasulullah SAW mengambil kepalaku dan memusingnya. [Riwayat Musnad Abi Ya’la. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5325].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman