TEKS BAHASA ARAB
كنت ردف رسول الله صلى الله عليه وسلم وأعرابي معه ابنة له حسناء فجعل الأعرابي يعرضها لرسول الله صلى الله عليه وسلم رجاء أن يتزوجها. قال: فجعلت ألتفت إليها، وجعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يأخذ برأسي فيلويه… الحديث.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku pernah mengekori Nabi SAW, lalu melintasi seorang Arab Badwi bersama anak perempuannya yang cantik. Arab Badwi tersebut berkias mahu bermenantukan Nabi SAW. Maka saya terpandang si gadis tersebut, namun Nabi SAW memegang kepala saya dan memalingkannya daripadanya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1068, hadis nombor 5449. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا السياق) عن الفضل بن عباس رضي الله عنهما قال: كنت ردف رسول الله صلى الله عليه وسلم وأعرابي معه له حسناء فجعل الأعرابي يعرضها لرسول الله صلى الله عليه وسلم رجاء أن يتزوجها. قال: فجعلت ألتفت إليها وجعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يأخذ برأسي فيلويه… الحديث. [ع، الضعيفة (5325)]
(Munkar dengan konteks ini): Daripada al-Fadl bin ‘Abbas RA, beliau menceritakan: Aku pernah mengekori Nabi SAW, lalu melintasi seorang Arab Badwi bersama anak perempuannya yang cantik. Arab Badwi tersebut berkias mahu bermenantukan Nabi SAW. Maka saya terpandang si gadis tersebut, namun Nabi SAW memegang kepala saya dan memalingkannya daripadanya. [Riwayat Abu Ya‘la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah (5325)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.