Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كنتُ ردْفَ رسول الله - صلى الله عليه وسلم -؛ وأعرابيٌّ معهُ ابنةٌ له حَسناءُ، فجعلَ الأعرابيُّ يعرِضُها لرسولِ الله - صلى الله عليه وسلم -؛ رجاءَ أنْ يتزوجَها. قال: فجعلتُ ألتفِتُ إليها، وجعل رسولُ الله - صلى الله عليه وسلم - يأخذُ برأسي فيلويهِ... الحديث.
Teks Bahasa Melayu
Aku pernah mengekori Nabi SAW, lalu melintasi seorang Arab Badwi bersama anak perempuannya yang cantik. Arab Badwi tersebut berkias mahu bermenantukan Nabi SAW. Maka saya terpandang si gadis tersebut, namun Nabi SAW memegang kepala saya dan memalingkannya daripadanya.
Sahabat Perawi
- al-Fadl bin ‘Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1068, hadis no. 5449. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا السياق) عن الفضل بن عباس رضي الله عنهما قال: كنت ردف رسول الله صلى الله عليه وسلم وأعرابي معه له حسناء فجعل الأعرابي يعرضها لرسول الله صلى الله عليه وسلم رجاء أن يتزوجها. قال: فجعلت ألتفت إليها وجعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يأخذ برأسي فيلويه... الحديث. [ع، الضعيفة (5325)]
(Munkar dengan konteks ini): Daripada al-Fadl bin ‘Abbas RA, beliau menceritakan: Aku pernah mengekori Nabi SAW, lalu melintasi seorang Arab Badwi bersama anak perempuannya yang cantik. Arab Badwi tersebut berkias mahu bermenantukan Nabi SAW. Maka saya terpandang si gadis tersebut, namun Nabi SAW memegang kepala saya dan memalingkannya daripadanya. [Riwayat Abu Ya‘la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5325)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman