Aku pernah hadir upacara perkahwinan Fatimah Binti Rasulullah SAW

TEKS BAHASA ARAB

كنت في زفاف فاطمة بنت رسول الله ﷺ ، فلما أصبحنا جاء النبي ﷺ إلى الباب فقال: ((يا أم أيمن ! ادعي لي أخي)) فقالت: هو أخوك وتنكحه؟! قال: ((نعم يا أم أيمن)). قالت: فجاء علي ، فنضح النبي ﷺ عليه من الماء ، ودعا له ، ثم قال: ((ادعي لي فاطمة)). قالت: فجاءت تعثر من الحياء ، فقال لها رسول الله ﷺ: ((اسكني فقد أنكحتك أحب أهل بيتي إلي)). قالت: ونضح النبي ﷺ عليها من الماء، قالت: ثم رجع رسول الله ﷺ فرأى سواداً بين يديه. فقال: ((من هذا؟)). فقلت: أنا أسماء. قال: ((أسماء بنت عميس؟ )) قلت: نعم. قال: ((جئت في زفاف ابنة رسول الله؟)) قلت: نعم. فدعا لي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku pernah hadir upacara perkahwinan Fatimah Binti Rasulullah SAW. Tatkala menjelang pagi, Rasulullah SAW datang ke pintu dan bersabda: “Wahai Ummu Aiman, panggilkan saudaraku.” Maka dia berkata: "Dia ialah saudaramu dan kamu ingin menikahkannya?" Rasulullah SAW menjawab: “Ya, wahai Ummu Aiman.” Maka Ali pun datang dan Rasulullah SAW memercikkan air kepadanya dan mendoakannya, kemudian baginda bersabda: “Panggilkan Fatimah.” Lalu dia datang dalam keadaan tersipu-sipu. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Duduklah denganku, sesungguhnya aku telah menikahkan engkau dengan ahli bait yang aku paling cintai.” Dia berkata: Maka Rasulullah SAW memercikkan air kepadanya. Dia berkata lagi: Rasulullah SAW pun pulang lalu baginda ternampak seseorang. Baginda bertanya: “Siapakah engkau?” Aku menjawab: "Aku Asma’." Baginda bersabda: “Asma’ binti ‘Umais?” Aku menjawab: “Ya.” Baginda bertanya lagi: “Engkau datang ke upacara perkahwinan anak perempuan Rasulullah SAW?” Aku menjawab: "Ya." Maka baginda pun mendoakan aku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1858, hadis nombor 9377. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسماء بنت عميس – رضي الله عنها -، قالت أسماء بنت عميس: كنت في زفاف فاطمة بنت رسول الله ﷺ، فلما أصبحنا جاء النبي ﷺ إلى الباب فقال: ((يا أم أيمن ! ادعي لي أخي)) فقالت: هو أخوك وتنكحه؟! قال: ((نعم يا أم أيمن)). قالت: فجاء علي ، فنضح النبي ﷺ عليه من الماء ، ودعا له ، ثم قال: ((ادعي لي فاطمة)). قالت: فجاءت تعثر من الحياء ، فقال لها رسول الله ﷺ: ((اسكني فقد أنكحتك أحب أهل بيتي إلي)). قالت: ونضح النبي ﷺ عليها من الماء، قالت: ثم رجع رسول الله ﷺ فرأى سواداً بين يديه. فقال: ((من هذا؟)). فقلت: أنا أسماء. قال: ((أسماء بنت عميس؟ )) قلت: نعم. قال: ((جئت في زفاف ابنة رسول الله؟)) قلت: نعم. فدعا لي. [ك، ابن عساكر، {الضعيفة} (٤٩٤٠)]

(Lemah) Daripada Asma’ binti ‘Umais RA, dia berkata: Aku pernah hadir upacara perkahwinan Fatimah Binti Rasulullah SAW. Tatkala menjelang pagi, Rasulullah SAW datang ke pintu dan bersabda: “Wahai Ummu Aiman, panggilkan saudaraku.” Maka dia berkata: "Dia ialah saudaramu dan kamu ingin menikahkannya?" Rasulullah SAW menjawab: “Ya, wahai Ummu Aiman.” Maka Ali pun datang dan Rasulullah SAW memercikkan air kepadanya dan mendoakannya, kemudian baginda bersabda: “Panggilkan Fatimah.” Lalu dia datang dalam keadaan tersipu-sipu. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Duduklah denganku, sesungguhnya aku telah menikahkan engkau dengan ahli bait yang aku paling cintai.” Dia berkata: Maka Rasulullah SAW memercikkan air kepadanya. Dia berkata lagi: Rasulullah SAW pun pulang lalu baginda ternampak seseorang. Baginda bertanya: “Siapakah engkau?” Aku menjawab: "Aku Asma’." Baginda bersabda: “Asma’ binti ‘Umais?” Aku menjawab: “Ya.” Baginda bertanya lagi: “Engkau datang ke upacara perkahwinan anak perempuan Rasulullah SAW?” Aku menjawab: "Ya." Maka baginda pun mendoakan aku. [Riwayat al-Hakim dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4940]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.