Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كنت في زفاف فاطمة بنت رسول الله ﷺ ، فلما أصبحنا جاء النبي ﷺ إلى الباب فقال: ((يا أم أيمن ! ادعي لي أخي)) فقالت: هو أخوك وتنكحه؟! قال: ((نعم يا أم أيمن)). قالت: فجاء علي ، فنضح النبي ﷺ عليه من الماء ، ودعا له ، ثم قال: ((ادعي لي فاطمة)). قالت: فجاءت تعثر من الحياء ، فقال لها رسول الله ﷺ: ((اسكُنِي ؛ فقد أَنْكَحْتُكِ أَحَبَّ أهلِ بيتي إلَيَّ)). قالت: ونضح النبي ﷺ عليها من الماء، قالت: ثم رجع رسول الله ﷺ فرأى سواداً بين يديه. فقال: ((من هذا؟)). فقلت: أنا أسماء. قال: ((أسماء بنت عميس؟ )) قلت: نعم. قال: ((جئت في زفاف ابنة رسول الله؟)) قلت: نعم. فدعا لي.
Teks Bahasa Melayu
Aku pernah hadir upacara perkahwinan Fatimah Binti Rasulullah SAW. Tatkala menjelang pagi, Rasulullah SAW datang ke pintu dan bersabda: “Wahai Ummu Aiman, panggilkan saudaraku.” Maka dia berkata: "Dia ialah saudaramu dan kamu ingin menikahkannya?" Rasulullah SAW menjawab: “Ya, wahai Ummu Aiman.” Maka Ali pun datang dan Rasulullah SAW memercikkan air kepadanya dan mendoakannya, kemudian baginda bersabda: “Panggilkan Fatimah.” Lalu dia datang dalam keadaan tersipu-sipu. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Duduklah denganku, sesungguhnya aku telah menikahkan engkau dengan ahli bait yang aku paling cintai.” Dia berkata: Maka Rasulullah SAW memercikkan air kepadanya. Dia berkata lagi: Rasulullah SAW pun pulang lalu baginda ternampak seseorang. Baginda bertanya: “Siapakah engkau?” Aku menjawab: "Aku Asma’." Baginda bersabda: “Asma’ binti 'Umais?” Aku menjawab: “Ya.” Baginda bertanya lagi: “Engkau datang ke upacara perkahwinan anak perempuan Rasulullah SAW?” Aku menjawab: "Ya." Maka baginda pun mendoakan aku.
Sahabat Perawi
- Asma' binti 'Umais RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1858, hadis no. 9377. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أسماء بنت عميس - رضي الله عنها -، قالت أسماء بنت عميس: كنت في زفاف فاطمة بنت رسول الله ﷺ، فلما أصبحنا جاء النبي ﷺ إلى الباب فقال: ((يا أم أيمن ! ادعي لي أخي)) فقالت: هو أخوك وتنكحه؟! قال: ((نعم يا أم أيمن)). قالت: فجاء علي ، فنضح النبي ﷺ عليه من الماء ، ودعا له ، ثم قال: ((ادعي لي فاطمة)). قالت: فجاءت تعثر من الحياء ، فقال لها رسول الله ﷺ: ((اسكني فقد أنكحتك أحب أهل بيتي إلي)). قالت: ونضح النبي ﷺ عليها من الماء، قالت: ثم رجع رسول الله ﷺ فرأى سواداً بين يديه. فقال: ((من هذا؟)). فقلت: أنا أسماء. قال: ((أسماء بنت عميس؟ )) قلت: نعم. قال: ((جئت في زفاف ابنة رسول الله؟)) قلت: نعم. فدعا لي. [ك، ابن عساكر، {الضعيفة} (٤٩٤٠)]
(Lemah) Daripada Asma’ binti 'Umais RA, dia berkata: Aku pernah hadir upacara perkahwinan Fatimah Binti Rasulullah SAW. Tatkala menjelang pagi, Rasulullah SAW datang ke pintu dan bersabda: “Wahai Ummu Aiman, panggilkan saudaraku.” Maka dia berkata: "Dia ialah saudaramu dan kamu ingin menikahkannya?" Rasulullah SAW menjawab: “Ya, wahai Ummu Aiman.” Maka Ali pun datang dan Rasulullah SAW memercikkan air kepadanya dan mendoakannya, kemudian baginda bersabda: “Panggilkan Fatimah.” Lalu dia datang dalam keadaan tersipu-sipu. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Duduklah denganku, sesungguhnya aku telah menikahkan engkau dengan ahli bait yang aku paling cintai.” Dia berkata: Maka Rasulullah SAW memercikkan air kepadanya. Dia berkata lagi: Rasulullah SAW pun pulang lalu baginda ternampak seseorang. Baginda bertanya: “Siapakah engkau?” Aku menjawab: "Aku Asma’." Baginda bersabda: “Asma’ binti 'Umais?” Aku menjawab: “Ya.” Baginda bertanya lagi: “Engkau datang ke upacara perkahwinan anak perempuan Rasulullah SAW?” Aku menjawab: "Ya." Maka baginda pun mendoakan aku. [Riwayat al-Hakim dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4940]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman