Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنِّي أمرتُ بِبُدنيَ الَّتي بَعثتُ بِها أن تقلَّدَ اليومَ، وتُشعَرَ اليومَ علَى ماءِ كذا وَكَذا ، فلَبِسْتُ قَميصًا ونسيتُ، فلم أَكُن لأخرجُ قَميصي من رأسي، وَكانَ قد بعثَ ببدنَةٍ منَ المدينةِ، وأقامَ بالمدينةِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku diperintahkan untuk meletakkan kalung kepada untaku pada hari ini, dan dilakukan al-Isy'ar (dilukakan di bonggol) di mata air sekian-sekian, lalu aku memakai baju dan aku terlupa, lalu aku tidak mahu mengeluarkan bajuku dari kepalaku. Baginda telah menghantar untanya dari Madinah serta tinggal di Madinah.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 744, hadis no. 3813. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منکر) عن جابر بن عبدالله - رضي الله عنها-، قال: كنت عند رسول الله ﷺ جالسا، فقد قميصه من جيبه، حتى أخرجه من رجليه، فنظر القوم إلى رسول الله فقال: «إني أمرت ببدني التي بعثت بها أن تقلد اليوم، وتشعر اليوم على ماء كذا وكذا، فلبست قميصا ونسيت، فلم أكن لأخرج قميصي من رأسي. وكان قد بعث ببدنه من المدينة، وأقام بالمدينة». [الطحاوي، حم، «الضعيفة» (4844، 5966)]
(Munkar) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Aku pernah duduk bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mengoyakkan bajunya dari poket sehingga ia mengeluarkannya dari kedua kakinya, lalu manusia memandang kepada Rasulullah SAW dan bersabda: “Aku diperintahkan untuk meletakkan kalung kepada untaku pada hari ini, dan dilakukan al-Isy'ar (dilukakan di bonggol) di mata air sekian-sekian, lalu aku memakai baju dan aku terlupa, lalu aku tidak mahu mengeluarkan bajuku dari kepalaku. Baginda telah menghantar untanya dari Madinah serta tinggal di Madinah.” [Riwayat al-Tahawi dalam Syarh Ma’ani al-Athar, Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4844, 5966]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman