Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: عُرِجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ، فَمَا مَرَرْتُ بِسَمَاءٍ إِلا وَجَدْتُ فِيهَا اسمي مكتوباً مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، وَأَبُو بَكْرٍ الصديق من خلفي.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Aku pernah diangkat ke langit.Aku tidak melintasi setiap langit melainkan aku akan menjumpai namaku tertulis Muhammad pesuruh Allah dan Abu Bakar Al-Siddiq berada di belakang namaku.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- Abdullah bin Umar RA
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 333-334, hadis no. 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya ada Abdullah bin Ibrahim al-Ghifari. Seorang pemalsu hadith. Dia berkata dalam al-Laali’: Aku beristikharah kepada Allah dan aku dapati hadith ini hasan dan bukannya daif dan palsu kerana banyak riwayat sokongan, bahkan ia disebutkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Al-Khatib meriwayatkannya dalam al-Tarikh daripada Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) oleh al-Bazzar dalam musnadnya tetapi daripada jalur al-Ghifari yang disebutkan. Kemudian disebutkan riwayat sokongan selain jalur itu yang kesemuanya tidak terlepas daripada kritikan. Oleh itu hadith ini tidak boleh menjadi hadis hasan lighairihi walaupun jalurnya berbilang-bilang.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman