Aku pernah bersama Rasulullah ﷺ, lalu Baginda melintasi sebuah periuk kepunyaan sebahagian ahli keluarga Baginda

TEKS BAHASA ARAB

كنت مع رسول الله ﷺ، فمر بقدر لبعض أهله فيها لحم يطبخ، فناوله بعضهم منها كتفا فأكلها وهو قائم، ثم صلى ولم يتوضأ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku pernah bersama Rasulullah ﷺ, lalu Baginda melintasi sebuah periuk kepunyaan sebahagian ahli keluarga Baginda yang di dalamnya ada daging yang dimasak. Lalu sebahagian daripada mereka menghulurkan bahagian bahu kepada Baginda, maka Baginda pun memakannya sambil berdiri. Kemudian Baginda solat tanpa mengambil wuduk.

STATUS

Munkar dengan sebutan "sambil berdiri"

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 439, hadis nombor 2352. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: «وهو قائم») عن أبي رافع مولى رسول الله ﷺ قال: «كنت مع رسول الله ﷺ، فمر بقدر لبعض أهله فيها لحم يطبخ، فناوله بعضهم منها كتفا فأكلها وهو قائم، ثم صلى ولم يتوضأ». [حب، طب، «الضعيفة» (6514)].

(Munkar Dengan Sebutan: "sambil berdiri") Daripada Abu Rafi’ bekas hamba Rasulullah ﷺ, beliau berkata: Aku pernah bersama Rasulullah ﷺ, lalu Baginda melintasi sebuah periuk kepunyaan sebahagian ahli keluarga Baginda yang di dalamnya ada daging yang dimasak. Lalu sebahagian daripada mereka menghulurkan bahagian bahu kepada Baginda, maka Baginda pun memakannya sambil berdiri. Kemudian Baginda solat tanpa mengambil wuduk. [Riwayat Ibn Ḥibbān dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6514].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs