Aku pernah berdoa untuk orang-orang Arab

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إني دعوت للعرب فقلت: اللهم من لقيك معترفا بك؛ فاغفر له أيام حياته وهي دعوة إبراهيم وإسماعيل عليهما السلام وإن لواء الحمد يوم القيامة بيدي وإن أقرب الخلق من لوائي يومئذ العرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku pernah berdoa untuk orang-orang Arab dengan doa: Wahai Allah, sesiapa yang menemui-Mu dalam keadaan mengakui-Mu, maka ampunilah dia sepanjang hidupnya. Itu juga merupakan doa Ibrahim AS dan Ismail AS. Sesungguhnya panji kepujian pada hari Kebangkitan kelak ada di tanganku, dan makhluk paling dekat dengan panjiku adalah orang-orang Arab.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1074, hadis nombor 5472. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي موسى رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إني دعوت للعرب فقلت: اللهم من لقيك معترفا بك فاغفر له أيام حياته وهي دعوة إبراهيم وإسماعيل عليهما السلام وإن لواء الحمد يوم القيامة بيدي وإن أقرب الخلق من لوائي يومئذ العرب. [طب، العراقي في محجة القرب إلى محبة العرب، الضعيفة (5880)]

(Munkar dengan teks lengkap): Daripada Abu Musa RA, beliau menceritakan, Rasulullah SAW bersabda: Aku pernah berdoa untuk orang-orang Arab dengan doa: Wahai Allah, sesiapa yang menemui-Mu dalam keadaan mengakui-Mu, maka ampunilah dia sepanjang hidupnya. Itu juga merupakan doa Ibrahim AS dan Ismail AS. Sesungguhnya panji kepujian pada hari Kebangkitan kelak ada di tanganku, dan makhluk paling dekat dengan panjiku adalah orang-orang Arab. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-‘iraqi dalam Mahajjah al-Qurab. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5880]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.