Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنِّي دَعوتُ للعربِ فقُلتُ: اللَّهمَّ من لقيَكَ مُعترفًا بِكَ؛ فاغفِر لَهُ أيَّامَ حياتِهِ وَهيَ دَعوةُ إبراهيمَ وإسماعيلَ عليهما السَّلامُ وإنَّ لواءَ الحمدِ يومَ القيامةِ بيَدي وإنَّ أقرَبَ الخلقِ مِن لوائي يومئذٍ العرَبُ.
Teks Bahasa Melayu
Aku pernah berdoa untuk orang-orang Arab dengan doa: Wahai Allah, sesiapa yang menemui-Mu dalam keadaan mengakui-Mu, maka ampunilah dia sepanjang hidupnya. Itu juga merupakan doa Ibrahim AS dan Ismail AS. Sesungguhnya panji kepujian pada hari Kebangkitan kelak ada di tanganku, dan makhluk paling dekat dengan panjiku adalah orang-orang Arab.
Sahabat Perawi
- Abu Musa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1074, hadis no. 5472. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن أبي موسى رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إني دعوت للعرب فقلت: اللهم من لقيك معترفا بك فاغفر له أيام حياته وهي دعوة إبراهيم وإسماعيل عليهما السلام وإن لواء الحمد يوم القيامة بيدي وإن أقرب الخلق من لوائي يومئذ العرب. [طب، العراقي في محجة القرب إلى محبة العرب، الضعيفة (5880)]
(Munkar dengan teks lengkap): Daripada Abu Musa RA, beliau menceritakan, Rasulullah SAW bersabda: Aku pernah berdoa untuk orang-orang Arab dengan doa: Wahai Allah, sesiapa yang menemui-Mu dalam keadaan mengakui-Mu, maka ampunilah dia sepanjang hidupnya. Itu juga merupakan doa Ibrahim AS dan Ismail AS. Sesungguhnya panji kepujian pada hari Kebangkitan kelak ada di tanganku, dan makhluk paling dekat dengan panjiku adalah orang-orang Arab. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-‘iraqi dalam Mahajjah al-Qurab. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5880]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman