Aku pasti akan mengerat-ngerat 30 orang dalam kalangan mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لئن أظهرني الله عليهم (يعني كفار قريش الذين قتلوا حمزة) لأمثلن بثلاثين رجلا منهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya Allah memenangkan daku ke atas mereka (orang kafir Quraisy yang membunuh Hamzah), nescaya aku pasti akan mengerat-ngerat 30 orang dalam kalangan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 978, hadis nombor 5042. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عطاء بن يسار، قال: نزلت سورة (النمل) بمكة وهي مكية إلا ثلاث آيات من آخرها نزلت بالمدينة بعد أحد، حين قتل حمزة ومثل به، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((لئن أظهرني الله عليهم (يعني كفار قريش الذين قتلوا حمزة) لأمثلن بثلاثين رجلا منهم)). فلما سمع المسلمون ذلك قالوا: والله لئن ظهرنا عليهم لنمثلن بهم مثلة لم يمثلها أحد من العرب بأحد قط، فأنزل الله {وإن عاقبتم ‌فعاقبوا بمثل ما عوقبتم به} إلى أخر السورة. [رواه ابن إسحاق في ((السيرة))، ((الضعيفة)) (548)]

(Lemah) Daripada Ata’ bin Yasar berkata: Surah al-Naml diturunkan di Mekah dan ia merupakan surah Makiyyah kecuali tiga ayat terakhirnya yang diturunkan di Madinah selepas perang Uhud, iaitu ketika terbunuhnya Hamzah dan dikerat mayatnya, lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya Allah memenangkan daku ke atas mereka (orang kafir Quraisy yang membunuh Hamzah), nescaya aku pasti akan mengerat-ngerat 30 orang dalam kalangan mereka. ” Apabila orang-orang Islam mendengar sedemikian, mereka berkata: “Demi Allah! Sekiranya kita menang ke atas mereka, kita akan mengerat-ngerat mayat mereka dengan keratan yang tidak pernah dibuat oleh orang Arab sebelum ini.” Lantas Allah menurunkan ayat ini: ‘Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan balasan yang sama sebagaimana kamu diperlakukan…’ hingga ke akhir surah. [Riwayat Ibnu Ishaq dalam Sirahnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 548]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.