Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنا عربِيٌّ، والقرآنُ عربيٌّ، ولسانُ أهلِ الجنةِ عربِيٌّ.
Teks Bahasa Melayu
Aku orang Arab, al-Quran dalam bahasa Arab dan bahasa ahli syurga ialah bahasa Arab.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1778, hadis no. 8943. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أنا عربي، والقرآن عربي، ولسان أهل الجنة عربي)). [طس، ((الضعيفة)) (161)]
(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku orang Arab, al-Quran dalam bahasa Arab dan bahasa ahli syurga ialah bahasa Arab. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 161]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman