Aku muat di hati hamba-Ku yang beriman

TEKS BAHASA ARAB

ما وسعني سمائي ولا أرضي ووسعني قلب عبدي المؤمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Langit dan bumi-Ku tidak muat untuk-Ku, namun Aku muat di hati hamba-Ku yang beriman.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 81, hadis nombor 364. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ذكره في الإحياء بلفظ: قال الله تعالى: “لم تسعني سمائي ولا أرضي ووسعني قلب عبد المؤمن اللين الوادع”. قال العراقي: لم أر له أصلا وكذا أنكره ابن تيمية، والزركشي، وعند الإمام أحمد في الزهد، عن وهب بن منبه: إن الله عز وجل فتح السموات لحزقيل – عليه السلام – حتى نظر إلى العرش فقال حزقيل: سبحانك يا رب ما أعظمك، فقال الله تعالى: “إن السموات والأرض ضعفن عن أن يسعنني ووسعني قلب عبدي المؤمن الوادع اللين”.

Ia disebutkan dalam al-Ihya’ dengan lafaz: Allah Ta’ala berfirman: “Langit dan bumiKu tidak muat untukKu, namun Aku muat di hati hambaKu yang mukmin, lemah –lembut lagi tenteram”.
Al-‘Iraqi berkata: “Aku tidak menemui asal hadith tersebut”. Demikian juga ia diingkari oleh Ibn Taimiyyah dan al-Zarkashi, pada riwayat al-Imam Ahmad dalam al-Zuhd daripada Wahb bin Munabbih bahawa Allah azzawajalla telah membuka langit kepada Hizqil (seorang Nabi) AS hingga beliau melihat sampai ke ‘Arash, lalu Hizqil pun berkata: “Maha suci Engkau, wahai Rabb! Alangkah besarnya Engkau”. Lalu Allah Ta’ala pun berfirman: “Sesungguhnya langit-langit dan bumi tidak mampu memuatkanKu, namun Aku muat di hati hambaKu yang beriman, tenteram lagi lemah lembut”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs