Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا وَسِعَنِي سَمَائِي وَلا أَرْضِي وَوَسِعَنِي قَلْبُ عَبْدِي الْمُؤْمِنِ.
Teks Bahasa Melayu
Langit dan bumi-Ku tidak muat untuk-Ku, namun Aku muat di hati hamba-Ku yang beriman.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 81, hadis no. 364. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia disebutkan dalam al-Ihya' dengan lafaz: Allah Ta'ala berfirman: "Langit dan bumiKu tidak muat untukKu, namun Aku muat di hati hambaKu yang mukmin, lemah –lembut lagi tenteram". Al-'Iraqi berkata: "Aku tidak menemui asal hadith tersebut". Demikian juga ia diingkari oleh Ibn Taimiyyah dan al-Zarkashi, pada riwayat al-Imam Ahmad dalam al-Zuhd daripada Wahb bin Munabbih bahawa Allah azzawajalla telah membuka langit kepada Hizqil (seorang Nabi) AS hingga beliau melihat sampai ke 'Arash, lalu Hizqil pun berkata: "Maha suci Engkau, wahai Rabb! Alangkah besarnya Engkau". Lalu Allah Ta'ala pun berfirman: "Sesungguhnya langit-langit dan bumi tidak mampu memuatkanKu, namun Aku muat di hati hambaKu yang beriman, tenteram lagi lemah lembut".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman