Aku mewasiatkan sesiapa yang beriman denganku dan membenarkan aku untuk mengimani kepimpinan ‘Ali

TEKS BAHASA ARAB

أوصي من آمن بي وصدقني بولاية علي، فمن تولاه تولاني، ومن تولاني قد تولى الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku mewasiatkan sesiapa yang beriman denganku dan membenarkan aku untuk mengimani kepimpinan ‘Ali. Sesiapa yang menjadikannya pemimpin, dia menjadikan aku sebagai pemimpin. Sesiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpin, dia menjadikan Allah sebagai penjaganya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1864 – 1865, hadis nombor 9408. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمار بن یاسر -رضي الله عنه – مرفوعا: «أوصي من آمن بي وصدقني بولاية علي، فمن تولاه تولاني، ومن تولاني قد تولى الله» [ابن عساکر، «الضعيفة» (٤٨٨٢)].

(Sangat Lemah) Daripada ‘Ammar bin Yasir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Aku mewasiatkan sesiapa yang beriman denganku dan membenarkan aku untuk mengimani kepimpinan ‘Ali. Sesiapa yang menjadikannya pemimpin, dia menjadikan aku sebagai pemimpin. Sesiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpin, dia menjadikan Allah sebagai penjaganya.” [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4882]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs