Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Aku mewasiatkan sesiapa yang beriman denganku dan membenarkan aku untuk mengimani kepimpinan ‘Ali

Teks Bahasa Arab

أوصي مَن آمنَ بي وصدَّقَني بوِلايةِ عليٍّ ، فمن تَولَّاهُ تولَّاني، ومَن تولَّاني فقد تولَّى اللَّهَ.

Teks Bahasa Melayu

Aku mewasiatkan sesiapa yang beriman denganku dan membenarkan aku untuk mengimani kepimpinan ‘Ali. Sesiapa yang menjadikannya pemimpin, dia menjadikan aku sebagai pemimpin. Sesiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpin, dia menjadikan Allah sebagai penjaganya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Ammar bin Yasir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1864-1865, hadis no. 9408. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمار بن یاسر -رضي الله عنه - مرفوعا: «أوصي من آمن بي وصدقني بولاية علي، فمن تولاه تولاني، ومن تولاني قد تولى الله» [ابن عساکر، «الضعيفة» (٤٨٨٢)].

(Sangat Lemah) Daripada ‘Ammar bin Yasir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Aku mewasiatkan sesiapa yang beriman denganku dan membenarkan aku untuk mengimani kepimpinan ‘Ali. Sesiapa yang menjadikannya pemimpin, dia menjadikan aku sebagai pemimpin. Sesiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpin, dia menjadikan Allah sebagai penjaganya.” [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4882]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.