Aku mewasiatkan kepada kalian untuk memelihara orang-orang terdahulu yang terdiri daripada kalangan muhajirin

TEKS BAHASA ARAB

أوصيكم بالسابقين الأولين من المهاجرين وبأبنائهم من بعدهم وبأبنائهم من بعدهم وبأبنائهم من بعدهم . إلا تفعلوا لا يقبل منكم صرف ولا عدل

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku mewasiatkan kepada kalian untuk memelihara orang-orang terdahulu yang terdiri daripada kalangan muhajirin dan anak, cucu serta cicit selepas mereka. Jika kalian tidak melakukannya, amalan fardhu dan sunat yang kalian lakukan tidak akan diterima.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1111, hadis nombor 5623. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه، قال: لما حضر النبي صلى الله عليه وسلم الوفاة؛ قالوا: يا رسول الله أوصنا. قال: أوصيكم بالسابقين الأولين من المهاجرين وبأبنائهم من بعدهم وبأبنائهم من بعدهم وبأبنائهم من بعدهم إلا تفعلوا لا يقبل منكم صرف ولا عدل. [البزار، طس، الضعيفة (6793)].

(Lemah) Daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf RA, beliau menceritakan: Tatkala Rasulullah SAW di ambang kewafatan, para sahabat Baginda berkata: Wasiatkan sesuatu kepada kami, wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Aku mewasiatkan kepada kalian untuk memelihara orang-orang terdahulu yang terdiri daripada kalangan muhajirin dan anak, cucu serta cicit selepas mereka. Jika kalian tidak melakukannya, amalan fardhu dan sunat yang kalian lakukan tidak akan diterima. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6793]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs