Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أُوصيكمْ بالسابقينَ الأولينَ من المهاجرينَ ، وبأبنائِهمْ من بعدِهم ، وبأبنائِهم من بعدِهم ، وبأبنائِهم من بعدِهم ، إلا تفعلوا ، لا يُقبلُ منكمْ صَرْفٌ ولا عَدْلٌ.
Teks Bahasa Melayu
Aku mewasiatkan kepada kalian untuk memelihara orang-orang terdahulu yang terdiri daripada kalangan muhajirin dan anak, cucu serta cicit selepas mereka. Jika kalian tidak melakukannya, amalan fardhu dan sunat yang kalian lakukan tidak akan diterima.
Sahabat Perawi
- ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1111, hadis no. 5623. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه، قال: لما حضر النبي صلى الله عليه وسلم الوفاة؛ قالوا: يا رسول الله أوصنا. قال: أوصيكم بالسابقين الأولين من المهاجرين وبأبنائهم من بعدهم وبأبنائهم من بعدهم وبأبنائهم من بعدهم إلا تفعلوا لا يقبل منكم صرف ولا عدل. [البزار، طس، الضعيفة (6793)].
(Lemah) Daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf RA, beliau menceritakan: Tatkala Rasulullah SAW di ambang kewafatan, para sahabat Baginda berkata: Wasiatkan sesuatu kepada kami, wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Aku mewasiatkan kepada kalian untuk memelihara orang-orang terdahulu yang terdiri daripada kalangan muhajirin dan anak, cucu serta cicit selepas mereka. Jika kalian tidak melakukannya, amalan fardhu dan sunat yang kalian lakukan tidak akan diterima. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6793]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman