TEKS BAHASA ARAB
كنت فيمن وفد على عمر، فجعل يسأل رجلا رجلا: ممن أنت؟ ومن أنت؟ حتى انتهى إليّ فقال: ممن أنت؟ ومن أنت؟ فقلت: أنا حنظلة، من عنزة. فأومأ نحو المشرق، وفرج أصابعه، وقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: عنزة حي من ههنا! مبغي عليه منصورون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku merupakan salah seorang delegasi kepada ‘Umar. Dia bertanya kepada setiap lelaki seorang demi seorang: Siapakah kamu dan dari mana kamu datang? Sehinggalah sampai kepada giliranku, dia bertanya: Siapakah kamu dan dari mana kamu datang? Aku menjawab: Aku Hanzalah daripada ‘Anazah. Kemudian beliau menunjuk ke arah timur dan merenggangkan jari-jemarinya lalu berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Anazah ialah suatu daerah di sana, mereka golongan yang diserang yang sering dibantu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1958, hadis nombor 9800. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن حنظلة بن نعيم، قال: كنت فيمن وفد على عمر، فجعل يسأل رجلا رجلا: ممن أنت؟ ومن أنت؟ حتى انتهى إليّ فقال: ممن أنت؟ ومن أنت؟ فقلت: أنا حنظلة، من عنزة. فأومأ نحو المشرق، وفرج أصابعه، وقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: عنزة حي من ههنا! مبغي عليه منصورون.
[البزار، أبو يعلى في مسنده الكبير، الدولابي، طس، ((الضعيفة)) (6799)]
(Lemah)
Daripada Hanzalah bin Nu‘aim, dia berkata: Aku merupakan salah seorang delegasi kepada ‘Umar. Dia bertanya kepada setiap lelaki seorang demi seorang: Siapakah kamu dan dari mana kamu datang? Sehinggalah sampai kepada giliranku, dia bertanya: Siapakah kamu dan dari mana kamu datang? Aku menjawab: Aku Hanzalah daripada ‘Anazah. Kemudian beliau menunjuk ke arah timur dan merenggangkan jari-jemarinya lalu berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Anazah ialah suatu daerah di sana, mereka golongan yang diserang yang sering dibantu.
[Riwayat al-Bazzar, Abu Ya‘la dalam Musnadnya, al-Dulabi dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6799]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.