Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Aku merupakan rasul bagi sesiapa yang aku temui dalam keadaan masih hidup

Teks Bahasa Arab

أنَا رسولُ مَنْ أدركتُ حيًّا، ومَنْ يولَدُ بعدي.

Teks Bahasa Melayu

Aku merupakan rasul bagi sesiapa yang aku temui dalam keadaan masih hidup dan juga sesiapa yang dilahirkan selepasku.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 459, hadis no. 2460.

(ضعيف) عن الحسن، قال: قال رسول الله ﷺ: «أنا رسول من أدركت حيا، ومن يولد بعدي». [ابن سعد، «الضعيفة» (2086)].

(Lemah) Daripada al-Hasan, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Aku merupakan rasul bagi sesiapa yang aku temui dalam keadaan masih hidup dan juga sesiapa yang dilahirkan selepasku.” [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2086].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.