Palsu

30/06/2024

4 minit bacaan



Aku merupakan pemberi syafaat kepada dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah

Teks Bahasa Arab

أَنا شَفيعٌ لِكُلِّ رجُلَيْنِ تحابَّا في اللَّهِ، مِن مَبعثي إلى يومِ القيامَةِ.

Teks Bahasa Melayu

Aku merupakan pemberi syafaat kepada dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, sejak aku diutuskan (menjadi Rasul) sehinggalah kepada hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Salman RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 187, hadis no. 959. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سلمان - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((أنا شفيع لكل رجلين تحابا في الله، من مبعثي إلى يوم القيامة)). [حل، ((الضعيفة)) (1723)]

(Palsu) Daripada Salman RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: ‘Aku merupakan pemberi syafaat kepada dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, sejak aku diutuskan (menjadi Rasul) sehinggalah kepada hari kiamat. [Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1723]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.