Aku merupakan Nabi yang paling awal dicipta

TEKS BAHASA ARAB

كنت أول النبيين في الخلق، وآخرهم في البعث، فبدأ بي قبلهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku merupakan Nabi yang paling awal dicipta dan yang paling akhir diutuskan. Risalah (kenabian) telah bermula denganku sebelum mereka lagi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1788, hadis nombor 9005. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) من أبي هريرة – رضي الله عنه- مرفوعاً: «كنت أول النبيين في الخلق، وآخرهم في البعث، فبدأ بي قبلهم». [طس، خط، الضعيفة» (661).

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Aku merupakan Nabi yang paling awal dicipta dan yang paling akhir diutuskan. Risalah (kenabian) telah bermula denganku sebelum mereka lagi.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 661]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs