Aku merasai nafas al-Rahman (Allah) dari belah Yaman atau dari arah Yaman

TEKS BAHASA ARAB

إنني لأجد نفس الرحمن من قبل اليمن، أو: من جانب اليمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku merasai nafas al-Rahman (Allah) dari belah Yaman atau dari arah Yaman.

STATUS

Tidak Dijumpai

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 69, hadis nombor 70. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العراقي: لم أجد له أصلا.

Al-‘Iraqi berkata: Aku tidak menjumpai asalnya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs