Aku merasa hairan dengan orang yang mengejar dunia sedangkan kematian itu mengejarnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عجبت لطالب الدنيا والموت يطلبه، ‏وغافل ‏وليس بمغفول عنه، ولضاحك ملء فيه ولا يدري أأرضى الله أم أسخطه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku merasa hairan dengan orang yang mengejar dunia sedangkan kematian itu mengejarnya, orang yang lalai sedangkan dia tidak dilalaikan (daripada azab) dan orang yang ketawa sedangkan dia tidak mengetahui sama ada meredhakan Allah atau memurkaiNya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1974, hadis nombor 9873. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏ضعيف جدا) ‏عن ابن مسعود -رضي الله عنه- يرفعه: «‏عجبت لطالب الدنيا والموت يطلبه، ‏وغافل ‏وليس بمغفول عنه، ولضاحك ملء فيه ولا يدري أأرضى الله أم أسخطه».
[‏تمام، عد، «الضعيفة» (743)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku merasa hairan dengan orang yang mengejar dunia sedangkan kematian itu mengejarnya, orang yang lalai sedangkan dia tidak dilalaikan (daripada azab) dan orang yang ketawa sedangkan dia tidak mengetahui sama ada meredhakan Allah atau memurkaiNya.
[Riwayat Tammam dan Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil fi al-Du‘afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 743].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.