Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عجِبتُ لطالبِ الدنيا والموتُ يطلُبُه، وغافِلٌ وليس بِمَغفولٍ عنه، ولضاحِكٍ مِلْءُ فيه ولا يدري أَأَرْضَى اللهَ أم أسخَطَه.
Teks Bahasa Melayu
Aku merasa hairan dengan orang yang mengejar dunia sedangkan kematian itu mengejarnya, orang yang lalai sedangkan dia tidak dilalaikan (daripada azab) dan orang yang ketawa sedangkan dia tidak mengetahui sama ada meredhakan Allah atau memurkaiNya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas‘ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1974, hadis no. 9873. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- يرفعه: «عجبت لطالب الدنيا والموت يطلبه، وغافل وليس بمغفول عنه، ولضاحك ملء فيه ولا يدري أأرضى الله أم أسخطه». [تمام، عد، «الضعيفة» (743)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas‘ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku merasa hairan dengan orang yang mengejar dunia sedangkan kematian itu mengejarnya, orang yang lalai sedangkan dia tidak dilalaikan (daripada azab) dan orang yang ketawa sedangkan dia tidak mengetahui sama ada meredhakan Allah atau memurkaiNya. [Riwayat Tammam dan Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil fi al-Du‘afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 743].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman