Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَدِمْتُ أن لا أكونَ طَلَبْتُ إلى رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم؛ فيَجْعَلُ الْحَسَنَ والْحُسَيْنَ مُؤَذِّنَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku menyesal tidak meminta kepada Rasulullah SAW agar menjadikan Hasan dan Husain sebagai tukang azan.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1897, hadis no. 9540. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي رضي الله عنه ، قال: ندمت أن لا أكون طلبت إلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم -؛ فيجعل الحسن والحسين مؤذنين. [طس، ((الضعيفة)) (5331)]
(Sangat Lemah) Daripada Ali RA, Beliau berkata: Aku menyesal tidak meminta kepada Rasulullah SAW agar menjadikan Hasan dan Husain sebagai tukang azan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5331]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman