Aku menyesal kerana tidak memohon kepada Rasulullah SAW, untuk baginda melantik al-Hasan dan al-Husain

TEKS BAHASA ARAB

ندمت أن لا أكون طلبت إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؛ فيجعل الحسن والحسين مؤذنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku menyesal kerana tidak memohon kepada Rasulullah SAW, untuk baginda melantik al-Hasan dan al-Husain sebagai dua orang muazzin (baginda).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 315, hadis nombor 1659. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Ali RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن علي –رضي الله عنه-  قال: ((ندمت أن لا أكون طلبت إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؛ فيجعل الحسن والحسين مؤذنين)).
[ طس ، ((الضعيفة)) (5331) ].

(Sangat lemah) Dari ‘Ali RA, beliau berkata: Aku menyesal kerana tidak memohon kepada Rasulullah SAW, untuk baginda melantik al-Hasan dan al-Husain sebagai dua orang muazzin (baginda).
[Diriwayatkan oleh Al-Tabarani dalam Kitab al-Mu’jam al-Wasit, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5331].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs