Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Aku menyesal kerana tidak memohon kepada Rasulullah SAW, untuk baginda melantik al-Hasan dan al-Husain

Teks Bahasa Arab

ندمت أن لا أكون طلبت إلى رسول الله - ﷺ -؛ فيجعل الحسن والحسين مؤذنين.

Teks Bahasa Melayu

Aku menyesal kerana tidak memohon kepada Rasulullah SAW, untuk baginda melantik al-Hasan dan al-Husain sebagai dua orang muazzin (baginda).

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 315, hadis no. 1659. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن علي –رضي الله عنه- قال: ((ندمت أن لا أكون طلبت إلى رسول الله - ﷺ -؛ فيجعل الحسن والحسين مؤذنين)). [ طس، ((الضعيفة)) (5331) ]

(Terlalu Daif) Dari ‘Ali RA, beliau berkata: Aku menyesal kerana tidak memohon kepada Rasulullah SAW, untuk baginda melantik al-Hasan dan al-Husain sebagai dua orang muazzin (baginda). [Riwayat Al-Tabarani dalam Kitab al-Mu’jam al-Wasit, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5331]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.