Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang memakai sutera?

TEKS BAHASA ARAB

أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله ﷺ نهى عن لبس الحرير؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله ﷺ نهى عن لبس الذهب إلا مقطعا؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله ﷺ نهى عن ركوب النمور؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله أتعلمون أن رسول الله ﷺ نهى عن الشرب في آنية الفضة؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله ﷺ : نهى عن جمع بين حج وعمرة؟ قالوا: أما هذا، فلا، قال: أما إنها معهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang memakai sutera? Mereka berkata: Ya. Dia berkata: Dan aku juga bersaksi. Dia berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang memakai emas kecuali ia terpotong-potong? Mereka berkata: Ya Allah benar. Dia berkata: Dan aku juga bersaksi. Dia berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang menunggang harimau? Mereka berkata: Ya Allah, benar. Dia berkata: Dan aku juga bersaksi. Dia berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang minum air di bekas yang diperbuat daripada perak? Mereka berkata: Ya Allah, benar. Dia berkata: Dan aku juga bersaksi. Dia berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang menggabungkan antara haji dan umrah? Mereka berkata: Jika ini maka tidak, dia berkata: Ia adalah bersama-sama perkara tadi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 747, hadis nombor 3826. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الشيخ الهنائي، قال: كنت في ملأ من اصحاب رسول الله ﷺ عند معاوية، فقال معاوية: «أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله ﷺ نهى عن لبس الحرير؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله ﷺ نهى عن لبس الذهب إلا مقطعا؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله ﷺ نهى عن ركوب النمور؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله أتعلمون أن رسول الله ﷺ نهى عن الشرب في آنية الفضة؟ قالوا: اللهم نعم، قال: وأنا أشهد، قال: أنشدكم الله، أتعلمون أن رسول الله ﷺ : نهى عن جمع بين حج وعمرة؟ قالوا: أما هذا، فلا، قال: أما إنها معهن».
[د،ن – الفقرة الثانية -، الطحاوي في «المشكل»، حم، طب، «الضعيفة» (4722)].

(Lemah)
Daripada Abu al-Syaikh al-Hanaie berkata: Aku berada dalam kalangan sahabat Nabi SAW di sisi Muawiyah. Lalu Muawiyah berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang memakai sutera? Mereka berkata: Ya. Dia berkata: Dan aku juga bersaksi. Dia berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang memakai emas kecuali ia terpotong-potong? Mereka berkata: Ya Allah benar. Dia berkata: Dan aku juga bersaksi. Dia berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang menunggang harimau? Mereka berkata: Ya Allah, benar. Dia berkata: Dan aku juga bersaksi. Dia berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang minum air di bekas yang diperbuat daripada perak? Mereka berkata: Ya Allah, benar. Dia berkata: Dan aku juga bersaksi. Dia berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah SAW melarang menggabungkan antara haji dan umrah? Mereka berkata: Jika ini maka tidak, dia berkata: Ia adalah bersama-sama perkara tadi.
[Riwayat Sunan Abi Daud, al-Tahawi dalam al-Musykil, Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4722].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs