Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أُنْشِدُ اللهَ رجالَ أُمَّتِي لا يَدْخُلُوا الحمَّامَ إلا بِمِئْزَرٍ، وأُنشِدُ اللهَ نساءَ أمتي أنْ لا يَدْخُلْنَ الحَمَّامَ.
Teks Bahasa Melayu
Aku menyeru dengan nama Allah SWT agar golongan lelaki daripada umatku tidak memasuki tandas melainkan dengan memakai kain. Dan aku menyeru dengan nama Allah SWT agar golongan perempuan daripada umatku tidak memasuki hammam (tandas terbuka).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 109, hadis no. 558. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: أنشد الله رجال أمتي لا يدخلوا الحمام إلا بمئزر، وأنشد الله نساء أمتي أن لا يدخلن الحمام. [ابن جميع في ((معجمه))، ((الضعيفة)) (5696)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku menyeru nama Allah SWT agar golongan lelaki daripada umatku tidak memasuki tandas melainkan dengan memakai kain. Dan aku menyeru Allah SWT agar golongan perempuan daripada umatku tidak memasuki tandas. [Riwayat Ibn Jami‘ dalam Mu‘jamnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah 5696]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman