Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانت ليلتي من رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ، فانْسَلَّ، فظننتُ أنَّما انْسَلَّ إلى بعضِ نسائِه، فخرجتُ غَيْرَى، فإذا أنا به ساجدٌ كالثوبِ الطَّريحِ، فسمعتهُ يقولُ: سجدَ لكَ سوادي وخيالي، وآمنَ بكَ فؤادي، ربِّ! هذهِ يَدِي وما جنيتُ بهِ على نفسِي، يا عظيمُ! تُرْجَى لكلِّ عظيمٍ؛ فاغفرِ الذنبَ العظيمَ. قالت: فرفعَ رأسَهُ فقال: ما أخرجكِ؟ قالتْ: ظنٌّ ظنَنتُه! قال: إنَّ بعضَ الظَنِّ إثمٌ، واستغفري اللهَ! إنَّ جبريلَ أتاني فأمرني أن أقولَ هذهِ الكلماتِ التي سمعتِ، فقوليها في سجودِكِ، فإنهُ من قالها؛ لم يَرفعْ رأسَهُ حتى يُغْفَرَ - أظنُّه قال: - لهُ.
Teks Bahasa Melayu
Pada malamku bersama Rasulullah SAW, baginda telah keluar secara senyap-senyap. Aku menyangka baginda menyelinap ke rumah isteri-isteri baginda yang lain. Aku pun keluar dalam keadaan ingin tahu. Apabila aku sampai, baginda dalam keadaan sujud seperti pakaian yang melekat. Aku mendengar baginda menyebut: Aku bersujud dengan seluruh tubuh badanku dan jiwaku beriman keseluruhannya kepadamu. Wahai Tuhan! Inilah tanganku yang aku tidak pernah melakukan jenayah ke atas diriku dengannya. Wahai Yang Maha Agung! Yang diharapkan untuk seluruh benda yang besar, ampunilah dosa-dosa yang besar. Aku berkata: Baginda mengangkat kepalanya dan bertanya: Apa yang menyebabkan kamu keluar rumah? Aku menjawab: Sangkaan yang aku sangka padamu! Baginda berkata: Sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu ialah dosa dan beristighfarlah kepada Allah. Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku lalu memerintahkan aku untuk aku ucapkan perkataan ini yang telah kamu dengar tadi. Sebutkanlah ia di dalam sujudmu. Sesungguhnya sesiapa yang mengucapkannya, nescaya dia tidak mengangkat kepalanya sehingga dia diampunkan.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1580 - 1581, hadis no. 7998. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Munkar) Daripada 'Aisyah RA berkata: Pada malamku bersama Rasulullah SAW, baginda telah keluar secara senyap-senyap. Aku menyangka baginda menyelinap ke rumah isteri-isteri baginda yang lain. Aku pun keluar dalam keadaan ingin tahu. Apabila aku sampai, baginda dalam keadaan sujud seperti pakaian yang melekat. Aku mendengar baginda menyebut: Aku bersujud dengan seluruh tubuh badanku dan jiwaku beriman keseluruhannya kepadamu. Wahai Tuhan! Inilah tanganku yang aku tidak pernah melakukan jenayah ke atas diriku dengannya. Wahai Yang Maha Agung! Yang diharapkan untuk seluruh benda yang besar, ampunilah dosa-dosa yang besar. Aku berkata: Baginda mengangkat kepalanya dan bertanya: Apa yang menyebabkan kamu keluar rumah? Aku menjawab: Sangkaan yang aku sangka padamu! Baginda berkata: Sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu ialah dosa dan beristighfarlah kepada Allah. Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku lalu memerintahkan aku untuk aku ucapkan perkataan ini yang telah kamu dengar tadi. Sebutkanlah ia di dalam sujudmu. Sesungguhnya sesiapa yang mengucapkannya, nescaya dia tidak mengangkat kepalanya sehingga dia diampunkan. [Riwayat Musnad Abī Ya‘lā, al-‘Uqaylī dalam Kitab al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn 'Adiy dalam Kitab al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.6579]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman