Aku menunaikan solat bersama Nabi SAW, Abu Bakr dan Umar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

صليت مع النبي صلى الله عليه وسلم ومع أبي بكر وعمر فلم يرفعوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku menunaikan solat bersama Nabi SAW, Abu Bakr dan Umar. Mereka semua tidak mengangkat tangan ketika solat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في اللآلئ عن علقمة عن ابن مسعود «صليت مع النبي صلى الله عليه وسلم ومع أبي بكر وعمر فلم يرفعوا» إلخ. موضوع آفته محمد بن جابر اليمامي قلت له طريق أخرى، وقال ابن حجر حسنه الترمذي وصححه غيره، وقال ابن حبان هذا أحسن خبر روي لأهل الكوفة وهو في الحقيقة أضعف شيء، وقال النووي اتفقوا على وضعه، قال الزركشي نقل الاتفاق ليس بشيء فقد صححه ابن حزم والدارقطني وابن القطان وغيرهم وبوب النسائي عليه الرخصة في تركه، ونقل ابن حجر في تخريج أحاديث الهداية تصحيحه عن الدارقطني وابن القطان «من رفع يديه في الصلاة فلا صلاة له» موضوع.

Dalam kitab al-La’ali menyebut: Daripada ‘Alqamah daripada Ibn Mas’ud:
“Aku menunaikan solat bersama Nabi SAW, Abu Bakr dan Umar. Mereka semua tidak mengangkat tangan ketika solat…hingga akhir hadis”
Hadith ini adalah hadith yang palsu. Puncanya adalah disebabkan perawi yang bernama Muhammad bin Jabir al-Yamami. Aku katakan: Ia mempunyai jalur periwayatan yang lain. Ibn Hajar berkata: Al-Tirmizi menilainya sebagai hasan dan ia dinilai sahih oleh yang lain. Ibn Hibban berkata: Hadith ini adalah hadith yang terbaik yang diriwayatkan kepada penduduk Kufah. Pada hakikatnya ia adalah hadith yang paling lemah. Imam al-Nawawi berkata: Para ulama bersepakat bahawa hadith tersebut adalah hadith yang direka. al-Zarkasyi berkata: Kesepakatan tersebut tidak terpakai. Ibn Hazm, al-Daraqutni, Ibn al-Qattan dan lain-lain menilainya sebagai sahih. al-Nasaie menyusun satu bab khusus berkenaan keharusan meninggalkan mengangkat tangan.
Ibn Hajar menukilkan di dalam takhrij terhadap kitab al-Hidayah tentang penilaian hukum sahih terhadap hadith tersebut oleh al-Daraqutni dan Ibn al-Qattan.
“Sesiapa yang mengangkat tangannya di dalam solat maka tiada solat baginya.”
Ia adalah hadith yang palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.