Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صليت مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعَ أبي بكر وَعمر فَلم يرفعوا.
Teks Bahasa Melayu
Aku menunaikan solat bersama Nabi SAW, Abu Bakr dan Umar. Mereka semua tidak mengangkat tangan ketika solat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam kitab al-La’ali menyebut: Daripada ‘Alqamah daripada Ibn Mas’ud: “Aku menunaikan solat bersama Nabi SAW, Abu Bakr dan Umar. Mereka semua tidak mengangkat tangan ketika solat...hingga akhir hadis” Hadith ini adalah hadith yang palsu. Puncanya adalah disebabkan perawi yang bernama Muhammad bin Jabir al-Yamami. Aku katakan: Ia mempunyai jalur periwayatan yang lain. Ibn Hajar berkata: al-Tirmizi menilainya sebagai hasan dan ia dinilai sahih oleh yang lain. Ibn Hibban berkata: Hadith ini adalah hadith yang terbaik yang diriwayatkan kepada penduduk Kufah. Pada hakikatnya ia adalah hadith yang paling lemah. Imam al-Nawawi berkata: Para ulama bersepakat bahawa hadith tersebut adalah hadith yang direka. al-Zarkasyi berkata: Kesepakatan tersebut tidak terpakai. Ibn Hazm, al-Daraqutni, Ibn al-Qattan dan lain-lain menilainya sebagai sahih. al-Nasaie menyusun satu bab khusus berkenaan keharusan meninggalkan mengangkat tangan. Ibn Hajar menukilkan di dalam takhrij terhadap kitab al-Hidayah tentang penilaian hukum sahih terhadap hadith tersebut oleh al-Daraqutni dan Ibn al-Qattan. “Sesiapa yang mengangkat tangannya di dalam solat maka tiada solat baginya.” Ia adalah hadith yang palsu. “Sesiapa yang mengangkat tangannya di ketika rukuk maka tiada solat baginya.” Ia adalah hadith yang palsu.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman