Aku menjamin sebuah rumah di tepi syurga untuk sesiapa yang meninggalkan al-Mirā’

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أنا زعيم ببيت ‌في ‌ربض ‌الجنة لمن ترك المراء وهو محق، وببيت في وسط الجنة لمن ترك الكذب وهو مازح، وببيت في أعلى الجنة لمن حسنت سريرته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku menjamin sebuah rumah di tepi syurga untuk sesiapa yang meninggalkan al-Mirā’ (berdebat) walaupun dia yang benar, dan (aku menjamin) sebuah rumah di tengah syurga untuk sesiapa yang meninggalkan perbuatan berdusta walaupun dalam keadaan bergurau, dan (aku menjamin) sebuah rumah di tempat yang paling tinggi di syurga untuk sesiapa yang baik rahsianya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 679, hadis nombor 3494. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أنا زعيم ببيت ‌في ‌ربض ‌الجنة لمن ترك المراء وهو محق، وببيت في وسط الجنة لمن ترك الكذب وهو مازح، وببيت في أعلى الجنة لمن حسنت سريرته)). [طس، ((الضعيفة)) (5536)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku menjamin sebuah rumah di tepi syurga untuk sesiapa yang meninggalkan al-Mirā’ (berdebat) walaupun dia yang benar, dan (aku menjamin) sebuah rumah di tengah syurga untuk sesiapa yang meninggalkan perbuatan berdusta walaupun dalam keadaan bergurau, dan (aku menjamin) sebuah rumah di tempat yang paling tinggi di syurga untuk sesiapa yang baik rahsianya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5536]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.