Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنا زعيمٌ ببيتٍ في ربضِ الجنَّةِ لمن ترَكَ المراءَ وَهوَ محقٌّ، وببيتٍ في وسطِ الجنَّةِ لمن ترَكَ الْكذبَ وَهوَ مازحٌ، وببيتٍ في أعلى الجنَّةِ لمن حسنت سريرتُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Aku menjamin sebuah rumah di tepi syurga untuk sesiapa yang meninggalkan al-Mirā’ (berdebat) walaupun dia yang benar, dan (aku menjamin) sebuah rumah di tengah syurga untuk sesiapa yang meninggalkan perbuatan berdusta walaupun dalam keadaan bergurau, dan (aku menjamin) sebuah rumah di tempat yang paling tinggi di syurga untuk sesiapa yang baik rahsianya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 679, hadis no. 3494. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أنا زعيم ببيت في ربض الجنة لمن ترك المراء وهو محق، وببيت في وسط الجنة لمن ترك الكذب وهو مازح، وببيت في أعلى الجنة لمن حسنت سريرته)). [طس، ((الضعيفة)) (5536)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku menjamin sebuah rumah di tepi syurga untuk sesiapa yang meninggalkan al-Mirā’ (berdebat) walaupun dia yang benar, dan (aku menjamin) sebuah rumah di tengah syurga untuk sesiapa yang meninggalkan perbuatan berdusta walaupun dalam keadaan bergurau, dan (aku menjamin) sebuah rumah di tempat yang paling tinggi di syurga untuk sesiapa yang baik rahsianya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5536]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman