Aku menjaga sempadan di belakang tonggak kaum Muslimin selama tiga hari

TEKS BAHASA ARAB

لأن أحرس ثلاث ليال مرابطا من وراء بيضة المسلمين؛ أحب إلي من أن أصلي ليلة القدر في أحد المسجدين: المدينة أو بيت المقدس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku menjaga sempadan di belakang tonggak kaum Muslimin selama tiga hari lebih aku sukai daripada menunaikan solat pada malam al-Qadr di salah satu daripada dua masjid iaitu Madinah atau Bayt al-Maqdis.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1912 hadis nombor 9600. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لأن أحرس ثلاث ليال مرابطا من وراء بيضة المسلمين؛ أحب إلي من أن أصلي ليلة القدر في أحد المسجدين: المدينة أو بيت المقدس.
[فر، ((الضعيفة)) (5583)]

(Palsu)
Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku menjaga sempadan di belakang tonggak kaum Muslimin selama tiga hari lebih aku sukai daripada menunaikan solat pada malam al-Qadr di salah satu daripada dua masjid iaitu Madinah atau Bayt al-Maqdis.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5583]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs