Aku menjadi tetamu kepada ‘Umar ibn al-Khaṭṭāb RA

TEKS BAHASA ARAB

تضيفت عمر بن الخطاب رضي الله عنه، فقام في بعض الليل فتناول امرأته فضربها، ثم ناداني: يا أشعث! قلت: لبيك! قال: احفظ عني ثلاثاً حفظتهن عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم : لا تسأل الرجل فيم يضرب امرأته، ولا تسأله عمن يعتمد من إخوانه ولا يعتمدهم، ولا تنم إلا على وتر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku menjadi tetamu kepada ‘Umar ibn al-Khaṭṭāb RA. Beliau bangun pada separuh malam, kemudian beliau pergi kepada isterinya lalu memukulnya. Kemudian beliau memanggilku: “Wahai Ash‘ath.” Aku telah berkata: “Aku datang.” Beliau telah berkata: “Hafallah daripadaku tiga perkara yang aku telah hafal daripada Rasulullah SAW: Janganlah kamu bertanya kepada seorang lelaki mengapakah dia memukul isterinya, janganlah kamu bertanya kepadanya siapakah yang dia bergantung daripada kalangan saudara-maranya dan siapakah yang dia tidak bergantung. Dan janganlah kamu tidur melainkan dalam keadaan telah melakukan solat witir”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 93, hadis nombor 474. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الأشعث بن قيس، قال: تضيفت عمر بن الخطاب رضي الله عنه، فقام في بعض الليل فتناول امرأته فضربها، ثم ناداني: يا أشعث! قلت: لبيك! قال: احفظ عني ثلاثاً حفظتهن عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم : لا تسأل الرجل فيم يضرب امرأته، ولا تسأله عمن يعتمد من إخوانه ولا يعتمدهم، ولا تنم إلا على وتر.
[ه، ابن نصر، ك، حم، ((الضعيفة)) (4776)]

(Lemah)
Daripada al-Ash‘ath ibn Qays telah berkata: “Aku menjadi tetamu kepada ‘Umar ibn al-Khaṭṭāb RA. Beliau bangun pada separuh malam, kemudian beliau pergi kepada isterinya lalu memukulnya. Kemudian beliau memanggilku: “Wahai Ash‘ath.” Aku telah berkata: “Aku datang.” Beliau telah berkata: “Hafallah daripadaku tiga perkara yang aku telah hafal daripada Rasulullah SAW: Janganlah kamu bertanya kepada seorang lelaki mengapakah dia memukul isterinya, janganlah kamu bertanya kepadanya siapakah yang dia bergantung daripada kalangan saudara-maranya dan siapakah yang dia tidak bergantung. Dan janganlah kamu tidur melainkan dalam keadaan telah melakukan solat witir”.
[Riwayat Ibn Mājah, Ibn Naṣr, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Aḥmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.4776]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.