TEKS BAHASA ARAB
كل الخير أرجو من ربي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku mengharapkan setiap kebaikan dari Tuhanku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 481, hadis nombor 2584. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن إسحاق بن عبد الله بن الحارث، قال: قال العباس: يا رسول الله! أترجو لأبي طالب؟ قال: ((كل الخير أرجو من ربي)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (4102)]
(Lemah)
Daripada Ishaq bin Abdullah bin al-Harith katanya: Al-‘Abbas berkata: Wahai Rasulullah, adakah engkau mengharapkan (keampunan) untuk Abu Talib? Baginda menjawab: Aku mengharapkan setiap kebaikan dari Tuhanku.
[Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4102]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.