Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Aku mengharapkan setiap kebaikan dari Tuhanku

Teks Bahasa Arab

كلُّ الخيرِ أَرْجُو من ربي.

Teks Bahasa Melayu

Aku mengharapkan setiap kebaikan dari Tuhanku.

Sahabat Perawi

  1. Ishaq bin Abdullah bin al-Harith

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 481, hadis no. 2584.

(ضعيف) عن إسحاق بن عبد الله بن الحارث، قال: قال العباس: يا رسول الله! أترجو لأبي طالب؟ قال: ((كل الخير أرجو من ربي)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (4102)]

(Lemah) Daripada Ishaq bin Abdullah bin al-Harith katanya: Al-‘Abbas berkata: Wahai Rasulullah, adakah engkau mengharapkan (keampunan) untuk Abu Talib? Baginda menjawab: Aku mengharapkan setiap kebaikan dari Tuhanku. [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4102]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.