TEKS BAHASA ARAB
أهديت لرسول الله ﷺ ثلاث طوائر، فأطعم خادمه طائراً، فلما كان من الغد؛ أتته به، فقال لها رسول الله ﷺ: ألم أنهك أن ترفعي شيئاً ؟ فإن الله عز وجل يأتي برزق كل غد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku menghadiahkan Rasulullah SAW 3 ekor burung, lalu dia memberikan seekor burung kepada pembantunya untuk dimakan. Keesokan harinya ia datang dengannya lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Bukankah aku telah melarangmu dari mengangkat sesuatu? Allah ‘Azza wa Jalla akan mendatangkan rezeki pada setiap esok hari."
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 645, hadis nombor 3339. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: أهديت لرسول الله ﷺ ثلاث طوائر، فأطعم خادمه طائرا، فلما كان من الغد أتته به، فقال لها رسول الله ﷺ: «ألم أنهك أن ترفعي شيئا؟ فإن الله -عز وجل- يأتي يرزق كل غد». [حم، احمد في «الزهد»، حل،ع، الدولاب، عد، هب «الضعيفة» (6743)].
(Munkar) Daripada Anas RA berkata: Aku menghadiahkan Rasulullah SAW tiga ekor burung, lalu dia memberikan seekor burung kepada pembantunya untuk dimakan. Keesokan harinya ia datang dengannya lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Bukankah aku telah melarangmu dari mengangkat sesuatu? Allah ‘Azza wa Jalla akan mendatangkan rezeki pada setiap esok hari." [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, Ahmad dalam al-Zuhd, Abu Nuaim dalam al-Hilyah dalam al-Musnad, Abi Ya’la, al-Dulabi dalam al-Asma’ wa al-Kuna, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6743]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.