Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وهبتُ لخالتي غلامًا، ونهيتُ أن تجعلَه حجِّامًا.
Teks Bahasa Melayu
Aku menghadiahkan kepada ibu saudaraku seorang hamba lelaki, dan aku melarangnya menjadikan dia sebagai tukang bekam.
Sahabat Perawi
- Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 889, hadis no. 4560. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) سمع عمر- رضي الله عنه- سمع النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((وهبت لخالتي غلاما، ونهيت أن تجعله حجاما)).[تخ، ((الضعيفة)) (4754)].
(Lemah) Daripada Umar RA bahawa mendengar Nabi SAW bersabda: “Aku menghadiahkan kepada ibu saudaraku seorang hamba lelaki, dan aku melarangnya menjadikan dia sebagai tukang bekam.” [Riwayat Tarikh al-Kabir oleh al-Bukhari. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4754].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman