Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيْفاً مُسْلِماً -: اللَّهُمَّ! لَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، أَنْتَ الْحَقُّ ...
Teks Bahasa Melayu
"Aku menghadapkan wajahku kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi dalam keadaan lurus (lagi) berserah diri.” Nabi SAW pun membaca: “Ya Allah! segala puji hanya milik-Mu, wahai Zat penerang langit, bumi, serta yang terkandung di dalamnya, Engkaulah Zat yang Maha benar.”
Sahabat Perawi
- Ibn Abbas R.anhuma
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1501, hadis no. 7655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: ((كان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول - بعد التكبير وبعد أن يقول: وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفاً مسلماً -: اللهم! لك الحمد، أنت نور السماوات والأرض ومن فيهن، أنت الحق ... )). [طب، ((الضعيفة)) (5378)].
(Lemah) Daripada Ibn Abbas R.anhuma, beliau berkata: Selepas takbir dan selepas membaca: “Aku menghadapkan wajahku kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi dalam keadaan lurus (lagi) berserah diri,” Nabi SAW kebiasannya membaca: “Ya Allah! segala puji hanya milik-Mu, wahai Zat penerang langit, bumi, serta apa yang terkandung di dalamnya, Engkaulah Zat yang Maha benar.” [Riwayat al-Tabarani di dalam al-Kabir, Silsilah al-Da’ifah no. 5378].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman