Aku menggoda anak Adam dengan kesalahan. Lalu mereka menghapuskannya dengan istighfar

TEKS BAHASA ARAB

قَالَ إِبْلِيسُ سَوَّلْتُ لِبَنِي آدَمَ الْخَطَايَا فَحَطَّمُوهَا بِالاسْتِغْفَارِ فَسَوَّلْتُ لَهُمْ ذَنْبًا لَا يَسْتَغْفِرُونَ مِنْهُ شَتْمَ أبي بكر وَعمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku menggoda anak Adam dengan kesalahan. Lalu mereka menghapuskannya dengan istighfar. Lalu aku menggoda mereka dengan dosa menghina Abu Bakar dan Umar, mereka tidak meminta ampun dari dosa tersebut.

STATUS

(Terdapat perawi pendusta pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 92. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ إِبْلِيسُ سَوَّلْتُ لِبَنِي آدَمَ الْخَطَايَا فَحَطَّمُوهَا بِالاسْتِغْفَارِ فَسَوَّلْتُ لَهُمْ ذَنْبًا لَا يَسْتَغْفِرُونَ مِنْهُ شَتْمَ أبي بكر وَعمر. فِيهِ إبان كَذَّاب.

“Iblis berkata: Aku menggoda anak Adam dengan kesalahan. Lalu mereka menghapuskannya dengan istighfar. Lalu aku menggoda mereka dengan dosa menghina Abu Bakar dan Umar, mereka tidak meminta ampun dari dosa tersebut.”. Dalam sanad hadith ini terdapat perawi bernama Iban. Beliau adalah seorang pendusta.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs