Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Aku mengenali beberapa orang. Mereka bukan Nabi mahupun syuhada

Teks Bahasa Arab

إِنِّي لأعرف أُنَاساً مَا هُمْ أَنْبِيَاءَ وَلَا شُهَدَاءَ، يَغْبِطُهُمْ الْأَنْبِيَاءُ وَالشُّهَدَاءُ بمنزلَتِهم يَوْمَ الْقِيَامَةِ: الذين يحبون الله ويحببونه إلى خلقه يأمرونهم بطاعةِ اللهِ، فإذا أطاعوا اللهَ، أحبَّهم اللهُ.

Teks Bahasa Melayu

Aku mengenali beberapa orang. Mereka bukan Nabi mahupun syuhada. Para Nabi dan syuhada cemburu dengan kedudukan mereka pada hari Kiamat. Mereka ialah orang yang mencintai Allah dan menyebarkan kecintaan kepada kesemua makhlukNya. Mereka menyuruh agar taat kepada Allah. Apabila mereka taat kepada Allah, Allah akan cinta kepada mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1927, hadis no. 9672. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد رضي الله عنه أن النبي ﷺ قال: إني لأعرف أناسا ما هم أنبياء ولا شهداء، يغبطهم الأنبياء والشهداء بمنزلتهم يوم القيامة: الذين يحبون الله ويحببونه إلى خلقه يأمرونهم بطاعة الله، فإذا أطاعوا اللهَ، أحبهم الله. [البزار، ((الضعيفة)) (6405)]

(Palsu) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda: Aku mengenali beberapa orang. Mereka bukan Nabi mahupun syuhada. Para Nabi dan syuhada cemburu dengan kedudukan mereka pada hari Kiamat. Mereka ialah orang yang mencintai Allah dan menyebarkan kecintaan kepada kesemua makhlukNya. Mereka menyuruh agar taat kepada Allah. Apabila mereka taat kepada Allah, Allah akan cinta kepada mereka. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6405]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.