Aku mengadu sakit mata

TEKS BAHASA ARAB

حديث: اشتكيت عيني فقال جبريل: انظر في المصحف فإني اشتكيت عيني فشكوت إلى ربي، فقال: انظر في المصحف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku mengadu sakit mata, lalu Jibril berkata: Lihatlah kepada Mushaf kerana sesungguhnya aku juga pernah sakit mata lalu aku mengadu kepada Tuhanku, lantas Tuhanku berkata: Lihatlah kepada Mushaf.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 39, hadis nombor 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: باطل.

Al-Sakhawi berkata: Batil.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs