Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: اشتكيت عَيْني فَقَالَ جِبْرِيل: انْظُر فِي الْمُصحف فَإِنِّي اشتكيت عَيْني فشكوت إِلَى رَبِّي، فَقَالَ: انْظُر فِي الْمُصحف.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Aku mengadu sakit mata, lalu Jibril berkata: Lihatlah kepada Mushaf kerana sesungguhnya aku juga pernah sakit mata lalu aku mengadu kepada Tuhanku, lantas Tuhanku berkata: Lihatlah kepada Mushaf.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 39, hadis no. 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السخاوي: باطل.
Al-Sakhawi berkata: Batil.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman