Aku mengadu kepada Jibril tentang lemah tenaga

TEKS BAHASA ARAB

حديث: شكوت إلى جبريل ضعفي من الوقاع فأمرني بأكل الهريسة. وفي رواية: فدلني على الهريسة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku mengadu kepada Jibril lemah tenaga dalam persetubuhan, lalu Jibril menyuruhku memakan Harisah ( sejenis bubur diperbuat daripada gandum). Dalam riwayat lain dikatakan : Ditunjukkan kepadaku Harisah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 46, hadis nombor 66. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوعة.

Palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs