Aku menemui nafas al-Rahman daripada Yaman

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إني لأجد نفس الرحمن من اليمن

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Aku menemui nafas al-Rahman daripada Yaman.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 436-437, hadis nombor 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المختصر: لم أجده .
فائدة: الأحاديث التي يرويها المؤرخون من أهل اليمن في فضل صنعاء لا يصح منها بشيء. ولا أعرف له إسناداً في كتاب من كتب الحديث. وقد جمعها بعضهم. فكانت أربعين حديثًا. وكذا ما يذكرونه من الأحاديث في فضل: زبيد. كحديث اللهم بارك في زبيد، وفي رمع. وكذا الأحاديث التي يذكرونها في فضل: جامع صنعاء، وفضل البقعة المسماة بين المسورة والمنقورة في مؤخرة: كلها باطلة.
وكذا الأحاديث التي يذكرونها في: فضل جامع الجنة، من بلاد اليمن. وقد توسع المؤرخون في ذكر الأحاديث الباطلة في فضائل البلدان، ولا سيما بلدانهم. فإنهم يتساهلون في ذلك غاية التساهل، ويذكرون الموضوع، ولا ينبهون عليه، كما فعل الديبع في تاريخه الذي سماه: قرة العيون، بأخبار اليمن الميمون وتاريخه الآخر الذي سماه: بغية المستفيد، بأخبار مدينة زبيد، مع كونه من أهل الحديث ممن لا يخفي عليه بطلان ذلك، فليحذر المتدين من اعتقاد شيء منها أوروايته، فإن الكذب في هذا قد كثر، وجاوز الحد. وسببه: ما جبلت عليه القلوب من حب الأوطان والشغف بالمنشأ.

Dia berkata dalam al-Mukhtasar: Aku tidak menjumpainya.
Faedah: Hadis-hadis yang dinukilkan oleh para sejarawan daripada Yaman berkenaan kelebihan Sanaa’ tidak sahih walaupun satu. Aku tidak mengetahui ada sanad baginya dalam kitab-kitab hadis. Ia telah dikumpulkan oleh sebahagian dari mereka. Kesemuanya 40 hadis. Begitu juga hadis-hadis yang menyatakan kelebihan Zubaid. Seperti hadis Ya Allah berkatilah Zubaid. Begitu juga Ram’. Begitu juga hadis yang disebutkan tentang kelebihan: Masjid San’aa’, kelebihan kawasan yang disebutkan di antara al-Miswarah dan al-Manqurah pada penghujungnya: Kesemuanya adalah batil. Begitu juga hadis yang disebutkan berkenaan kelebihan Jami’ al-Jannah di Yaman.
Para ulama terkemudian telah menyebutkan dengan luas hadis-hadis yang batil tentang kelebihan negeri dan tempat, lebih-lebih lagi tempat mereka. Mereka sangat bermudah-mudah sehingga menyebutkan hadis yang palsu tanpa memberikan apa-apa maklumat tentang hadis itu. Ini adalah seperti yang dilakukan oleh al-Daiba’ dalam Tarikhnya yang diberi nama Qurrah al-‘Uyun bi Akhbar al-Yaman al-Maimun, juga kitab Tarikhnya yang bernama Bughyah al-Mustafid bi Akhbar Madinah Zabid, sedangkan dia merupakan ahli hadis.Ini merupakan perkara yang sudah diketahui tentang kebatilannya, maka berhati-hatilah daripada mempercayai mahupun meriwayatkannya. Ini kerana pendustaan padanya telah banyak dan melampaui batas. Sebabnya adalah perasaan hati yang cintakan negara dan tempat masing-masing.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs