Tidak Ditemui
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إِنِّي لأَجِدُ نَفَسَ الرَّحْمَنِ مِنَ الْيَمَنِ
Teks Bahasa Melayu
Hadith : Aku menemui nafas al-Rahman daripada Yaman.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Tidak Ditemui
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 436-437, hadis no. 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dia berkata dalam al-Mukhtasar: Aku tidak menjumpainya. Faedah: Hadis-hadis yang dinukilkan oleh para sejarawan daripada Yaman berkenaan kelebihan Sanaa’ tidak sahih walaupun satu. Aku tidak mengetahui ada sanad baginya dalam kitab-kitab hadis. Ia telah dikumpulkan oleh sebahagian dari mereka. Kesemuanya 40 hadis. Begitu juga hadis-hadis yang menyatakan kelebihan Zubaid. Seperti hadis Ya Allah berkatilah Zubaid. Begitu juga Ram’. Begitu juga hadis yang disebutkan tentang kelebihan: Masjid San’aa’, kelebihan kawasan yang disebutkan di antara al-Miswarah dan al-Manqurah pada penghujungnya: Kesemuanya adalah batil. Begitu juga hadis yang disebutkan berkenaan kelebihan Jami’ al-Jannah di Yaman. Para ulama terkemudian telah menyebutkan dengan luas hadis-hadis yang batil tentang kelebihan negeri dan tempat, lebih-lebih lagi tempat mereka. Mereka sangat bermudah-mudah sehingga menyebutkan hadis yang palsu tanpa memberikan apa-apa maklumat tentang hadis itu. Ini adalah seperti yang dilakukan oleh al-Daiba’ dalam Tarikhnya yang diberi nama Qurrah al-‘Uyun bi Akhbar al-Yaman al-Maimun, juga kitab Tarikhnya yang bernama Bughyah al-Mustafid bi Akhbar Madinah Zabid, sedangkan dia merupakan ahli hadis.Ini merupakan perkara yang sudah diketahui tentang kebatilannya, maka berhati-hatilah daripada mempercayai mahupun meriwayatkannya. Ini kerana pendustaan padanya telah banyak dan melampaui batas. Sebabnya adalah perasaan hati yang cintakan negara dan tempat masing-masing.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman